Wednesday 22 October 2014

Koleksi buku anak saya : My First Padded Fairy Tales



Siri ini mempunyai 6 tajuk iaitu Cinderella, The Frog Prince, The Little Mermaid, Snow White and the Seven Dwarfs, The Ugly Duckling dan Pinocchio . Saya hanya ada 3 buku saja.Saya dapati illustrasinya memang comel dan menarik. Anak saya yang 8 bulan suka buku-buku ini . Bahasanya mudah dan konteksnya baik dan tidak terlalu pendek . Saya beli di kedai buku Popular dengan harga RM7.42 untuk setiap buku. Harga adalah selepas diskaun 25%. Benar-benar berbaloi untuk wang saya.


Board Book: 10 muka surat tidak termasuk muka depan dan belakang

Penerbit: Little Sun Sdn Bhd















Tuesday 21 October 2014

Koleksi buku anak saya : Buku Play-a-sound

 Sofia the First: Princess in Training

  • Board Book: 12 muka surat
  • Penerbit: Publications International 2013
  • Bahasa: Bahasa Inggeris
  • ISBN -10: 1450862780
  • ISBN -13: 978-1450862783
  • Dimensi Produk : 8.8 x 7.9 x 0.5 inci
  • Harga Belian : RM31.92 (selepas diskaun 20%)
  • Harga asal: RM39.90
  • Sumber pembelian: MPHOnline.com

Ulasan saya:Ooohh saya benar-benar sukakan buku ini , begitu juga dengan anak perempuan saya yang berusia 8 bulan. Bagi saya Sofia the First sendiri begitu comel dan cantik. Semua ilustrasi dalam buku ini cukup cantik.Saya sukakan semuanya. Walaupun lagu-lagu dalam buku ini mungkin tidak berkaitan dengan cerita Sofia the First tetapi ok saja sebab bukannya anak perempuan saya tahu. :) Dia hanya tertarik dengan ilustrasi dan grafik dan kadang-kadang betul-betul kejar buku ini bila saya cuba untuk sembunyikannnya.Tidak sama seperti dia buat pada buku lain.

Lagu-lagu yang terdapat di dalam buku ini:-

  • Good Morning to You
  • Lavender's Blue
  • This Is the Way We Go to School
  • Kindness Counts
  • Come Dance with Me
  • If You're Happy and You Know It

Saya telah ambil semua gambar dengan kamera handphone. Minta maaf sebab ia berkualiti rendah , tetapi saya harap ia tidak menghalang anda dari suka pada buku ini.







 

Toy Story Sing-Along

  • Buku Board: 10 muka surat
  • Penerbit: Publications International (2011)
  • Bahasa: Bahasa Inggeris
  • Dimensi Produk : 22.4 x 19.8 x 1 cm
  • Harga beli: RM19.95 (diskaun 50%)
  • Harga asal: RM39.90
  • Sumber pembelian: www.mphonline.com

Ulasan saya: Lagu-lagu di dalam buku ini adalah sukar bagi saya untuk tangkap iramanya kecuali Twinkle Twinkle Little Star. Mungkin itu sebabnya buku ini dianjurkan untuk 3 tahun dan ke atas. Nampaknya anak perempuan saya yang berusia 8 bulan suka melihat grafik buku ini walaupun saya sendiri tidak suka. Tapi siapa tahu...kanak-kanak , bukan? Sekali lagi, saya minta maaf untuk gambar yang berkualiti rendah yang saya ambil dengan kamera telefon bimbit saya .


 



 

 

Dora the Explorer, It s Riddle Time! 

  • Buku Board: 10 muka surat
  • Penerbit: Publications International, Ltd ( 6 Januari 2009 )
  • Bahasa: Bahasa Inggeris
  • Dimensi Produk: 8.7 x 7.8 x 0.4 inci
  • Harga beli: RM19.95 (diskaun 50%)
  • Harga asal: RM 39.90
  • Sumber pembelian: www.mphonline.com

 

Ulasan saya : Saya rasa buku ini benar-benar sesuai untuk anak perempuan saya yang berusia 8 bulan sebab ia mempunyai ciri-ciri sentuh dan rasa. Anak saya suka bermain dengan rambut kuda yang terdapat dalam buku ini.Bunyi yang disertakan dengan buku ini akan membuat bacaan saya menjadi lebih menarik walaupun sekarang dia tidak banyak memberi tindak balas pada bunyi tersebut. Tetapi kita tengok nanti sebab buku ini dicadangkan untuk budak 18 bulan dan ke atas.Untuk grafik, anak perempuan saya memang sukakannya sebab dia asyik melihatnya. Dan sekali lagi saya minta maaf untuk gambar yang berkualiti rendah yang saya telah ambil dengan kamera handphone. Semoga anak anda menikmati buku ini !